Akaun annajiyahsabah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SUMBANGAN DAN TAJAAN DANA PEMBUKAAN PUSAT PENGAJIAN AN-NAJIYAH

 DANA RM10,000 

 DIPERLUKAN 

 

 DALAM MISI UNTUK 

 'MEMANDAIKAN UMMAH' 



---

 

 YAKINILAH 


Sedekah itu tidak akan mengurangi harta.

(HR Muslim : No 4689)

---


 KENALI PERTUBUHAN KEBAJIKAN 

 AN-NAJIYAH SABAH 


Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah lebih mesra dikenali sebagai An-Najiyah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bukan berasaskan keuntungan. Pertubuhan ini telah rasmi didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan memegang nombor pendaftaran PPM-005-12-07122018.


Baru berusia sekitar 2 tahun, namun An-Najiyah sedaya upaya berusaha menjadikan pertubuhan ini bermanfaat kepada masyarakat setempat khasnya di sekitar Kota Kinabalu. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkasakan lagi pertubuhan ini agar ianya berterusan mencurahkan keringat jasa dan bakti.



Infografik An-Najiyah

  ---


 TUJUAN DANA 


Tujuan utama dana dikumpul adalah untuk membiayai kos pembukaan premis baru An-Najiyah. Pihak An-Najiyah telah mengenal pasti lokasi premis baru iaitu lot kedai tingkat 1 di Polytechnic Commersial Centre Jalan Sulaman KKIP.


Ketika ini, An-Najiyah beroperasi menggunakan rumah salah seorang ahli An-Najiyah di kawasan perumahan. Dengan adanya premis baru, An-Najiyah dapat mengatur dan melaksanakan aktiviti pertubuhan dengan lebih selesa.



Rumah ahli menjadi bilik gerakan An-Najiyah



Bilik gerakan untuk menyimpan stok / barang



Bilik gerakan untuk operasi kerja amal



Antara kerja-kerja amal dan kebajikan

---


 PELBAGAI AKTIVITI DAPAT DIJALANKAN 


Di premis baru ini An-Najiyah dapat meneruskan perancangan aktiviti dengan lebih selesa, jimat kos dan masa, bebas memilih waktu untuk mengadakan sebarang aktiviti. Premis ini boleh dimanfaatkan dengan pelbagai fungsi. Antaranya sebagai:


1. Bilik gerakan An-Najiyah.

2. Kelas al-quran untuk golongan asnaf.

3. Kelas pengajian muslimah.

4. Kelas bahasa arab.

5. Kelas tuisyen pelbagai subjek.

6. Kelas pengajian-pengajian yang lain.



Perjumpaan dan mesyuarat pengurusan



Kerja-kerja pentadbiran pertubuhan



Pengajian dan kelas ilmu



Pengajian dan kelas ilmu



Pengajian dan kelas ilmu



Kursus dan bengkel ilmu

 


Kursus dan bengkel ilmu

---

 

 MEMERLUKAN DANA RM10,000 


Sumber kewangan An-Najiyah adalah sepenuhnya bergantung kepada bayaran yuran ahli dan sumbangan luar. Bayaran yuran ahli sebanyak RM5 per 3 bulan seorang adalah tidak mencukupi untuk menampung kos membuka premis baru. Oleh itu pihak An-Najiyah memerlukan sumbangan anda untuk menjayakan usaha murni ini. Antara bayaran yang perlu dijelaskan dan keperluan lain:


1. Bayaran deposit sewa kedai: 2+1 RM2,250.

2. Utiliti: RM1000

3. Pembelian kerusi/meja

4. Pembelian alat bantu mengajar

5. Keperluan-keperluan lain.



Lot kedai tingkat 1, Polytechnic Commersial Centre Jalan Sulaman KKIP



Ruang dalam premis



Ruang dalam premis

---

 

 RAIH GANJARAN BERGANDA 
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya"
(Surah al-Baqarah ayat 261)

--- 


 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU? 


Untuk memudahkan anda menghulurkan sumbangan dan tajaan, pihak An-Najiyah telah menyusun beberapa pakej seperti di bawah:


 PAKEJ PREMIUM - SUMBANGAN RM300 

 PAKEJ REGULAR - SUMBANGAN RM100 

 PAKEJ SEIKHLAS HATI - SUMBANGAN RM10 

---

 

Pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan dan sumbangan tuan/puan yang budiman.


 BERUNTUNGLAH 


Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:

Sedekah jariah,

Ilmu yang dimanfaatkan dan

Anak yang soleh yang mendoakan baginya.

(HR Muslim : No 1631)



Orang ramai/syarikat/badan korperat/NGO yang berminat untuk membuat sumbangan atau tajaan secara manual, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun:

 

Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah

No. Akaun: 10052010119344

Bank: Bank Islam